Rabu, 18 November 2009

Wajah-wajah permata hatiku





Nurin Jazlina, Naim n Haziq




First daughter yang memang banyak mulut.......suka bercakap dan berlakon. Memang tak heran kerana dari umur 1 thn Nurin sudah bercakap berbanding dgn adik-adiknya. Baru 5 thn usianya tapi keletah bercakap mengalah anak yang berumur 7 thn.

Si Naim pulak baru 3 thn tapi agak pemalu sedikit berbanding dengan si kakak. Tapi bila sekali dapat bercakap ya Allah, tak reti duduk diam .........

Si adik pulak baru ajelah 1 thn 5 bulan, tak pandai cakap apa lagi pun apa yang dia tahu cuma sebut nak n tak nak ajelah........ Jarak mereka rapat-rapat letih juga lah melayannya tapi

Hobi dan kelapangan






Setiap waktu yang terluang aku pastikan akan buat sesuatu yang menjadi minat ku. Di antaranya membuat kek kegemaran anak-anak ku saper lagi kalau bukan nurin jazlina. naim n hazieq..... tak menang tangan melayan keranah mereka. Kek Coklat antara kek kegemaran mereka. Di antara kek yang aku buatkan untuk birthday Nurin kat Tadika Adik Ceria. Rasanya sedap itulah ulasan permata hatiku.......

Minat ku bukan sajer dengan membuat kek tapi kadang-kadang tu rajin jugak buat roti untuk minum petang bersama keluarga. First time buat roti jadi itulah lepas amik kelas kat bakeri. Ni antara hasil roti yang aku buat masa belajar. Balik aje dari kelas tu keesokkanya aku menunjukkan skill membuat roti. Hasil cukup sedap sempatlah buatkan untuk adik-adik sepupu ku yang nak balik asrama iaitu Janah n Alang.